Tak Kenal Maka, TAARUF


Semester yang penuh dengan keperluan untuk keluar dari comfort zone. So, here we go! Blog pertama demi KPS 3014 <3

Selamanya Azwani Binti Abd Rahim

28 Julai 1997 lahir dari rahim seorang Mak yang kuat, disambut bisikan iqamat dari Abah yang setia menemani mak. Lahirnya seorang anak bongsu mak abah ini di Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan. 

Kedudukan Felda Bukit Rokan Utara dari pandangan satelit

*sumber google

Pintu Gerbang Felda Bukit Rokan Utara

*sumber google

Mak, berketurunan melayu Singapore (Tok Mad) dan Melaka (Atuk Minah). Lahir pada 19 Julai di Melaka dan membesar di Melaka.

Abah, Berketurunan melayu Melaka (Atuk Hamzah) dan Jawa (Nenek Kadijah). Lahir pada 26 Mei di Melaka dan membesar di Pahang dan Melaka.

Abah bersara pada 26 Mei 2019 yang lepas sebagai Pengurus Felda Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan. Mak sebagai seorang suri rumah yang setia dan kuat. Disebabkan abah bekerja dan selalu berpindah randah, satu keluarga akan mengikut ke mana sahaja abah dan mak berada. Kami pernah tinggal di Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan. Dan kini, menetap di Melaka. #orangmelaka

Kami 4 orang anak mak abah, 3 perempuan dan seorang lelaki. Seorang abang ipar dan seorang anak buah, bakal jadi 2 orang abang ipar dan 2 orang anak buah dari along. InsyaAllah doakan!

Saya merupakan lepasan pelajar Sains Agama di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (InteJ), lepasan pelajar Diploma Undang-undang Syariah di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Kini menuntut sebagai Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Doakan saya semoga dipermudah segala langkah dalam menggapai impian.

Sepanjang zaman diploma sehingga alam ijazah sarjana muda, saya banyak melibatkan diri di lapangan dan arena pengucapan awam. Alhamdulillah rezeki dari Allah untuk orang biasa seperti saya dianugerahkan Tokoh Akademik Sahabat YADIM semasa Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Kebangsaan yang lepas dan penghargaan selaku Pengerusi Siswi Sahabat YADIM.

Alhamdulillah 'ala kulli hal. "Nikmat apa lagi yang kita hendak dustakan?" -Surah Al-Rahman)

Suka untuk saya kongsikan kata-kata dari Buya Hamka, "Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba. Kerana dalam mencuba itu kita akan menemukan dan belajar membangun kesempatan untuk berhasil"

Semoga segala urusan kita dirahmati dan dipermudah oleh Allah SWT.

Emel : azwaniabdrahim@gmail.com
Instagram : wanii_rahim
Facebook : Azwani abd Rahim

Comments

Popular Posts