ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA #2
PUNCA DAN SOLUSI PERMASALAHAN BULI
Menurut George Herbert Mead, tingkah laku seorang individu terbentuk oleh akal fikirannya sendiri dan peranan masyarakat sekeliling. Yang mana, secara tidak sedar, persekitaran di sekeliling pelajar yang membentuk diri mereka sendiri. Bawah Interaksi dan Pembelajaran, mengenai sosialisasi.
Menurut Prof. Madya Dr. Shahabudin Hashim, Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Personaliti, Universiti Sains Malaysia, antara punca kes ini berlaku adalah disebabkan oleh tekanan atau emosi kanak-kanak sebelum ini yang pernah dibuli kemudian mahu membalas perbuatan itu dengan melakukan perkara yang sama atau berlainan terhadap orang lain. Mereka juga ada antaranya yang dipengaruh oleh filem-filem ganas yang ditayangkan di dalam mahupun luar negara.
Selain itu, menurut Pakar Kriminologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Muhammad Rahim Kamaludin, pelajar mempunyai pemikiran yang salah. Mereka menganggap buli ini menyeronokkan dan mereka dianggap sebagai hero. Sedangkan pembuli ini dianggap sebagai seorang yang mempunyai masalah sosial. Budaya buli di sekolah dari senior ke junior juga merupakan faktor. Secara kasarnya kita lihat, persekitaran merupakan antara faktor yang membentuk diri pembuli ini.
Sosialisasi adalah proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Ini merupakan satu proses berterusan yang bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya. Perkara yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep dalam diri mereka. Menunjukkan bahawa pentingnya peranan keluarga dan orang sekeliling untuk menunjukkan contah tauladan yang baik kepada kanak-kanak pada peringkat sosialisasi primer. Sosialisasi sekunder pula memperlihatkan bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa dan sebagainya. Dan resosialisasi, proses menukar atau mengalihkan konsep diri dan acar hidup sedia.
Guru dan rakan sebagai agen sosialisasi ini sepatutnya memberi contoh tauladan yang baik selain ibu bapa sebagai role model anak-anak. Penting juga bagi masyarakat sekeliling peka dengan kes ini dan bersama membantu menyelesaikan masalah ini dari berterusan dan berlanjutan.
Kedua, mengenai Pengurusan Disipilin. Pihak sekolah menyembunyikan kes buli di sekolah. Menurut En. Mohd Yunus Mohd Ali, Penasihat Undang-Undang Mahkamah Juvana Kajang, terdapat sebilangan kecil pihak sekolah yang menyembunyikan kes ini demi menjaga nama baik sekolah itu. Tindakan ini akan menjadikan kes ini semakin parah, apabila tiada tindakan diambil kepada pembuli. Ini juga akan memberikan kesan yang buruk kepada si mangsa. Kerana akan diancam dengan teruk sekiranya kes ini tidak dibendung.
Terdapat juga kes yang berlaku di sekolah, pelajar sudah memaklum perlakuan buli ini kepada guru, namun terdapat antara guru yang tidak mengambil peduli hal ini. Jika berlaku kecederaan teruk, baru guru tersebut mengambil tindakan. Sepatutnya kes boleh dicegah lebih awal menjadi semakin parah kerana tindakan tidak sepatutnya ini.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968
"tiap-tiap guru hendaklah menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975
"semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah"
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001
"... semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid..."
Menurut Surat KPM KP (BS/HEP)8543/053(9) 2.8.2001, mengenai Pengurusan Pelajar Secara Kolektif.
Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar. Oleh itu, pengurusan pelajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar. Bagi menjayakan program dan aktiviti di sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-saam bertindak dengan halatuju yang sama.
Iaitu pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang, Guru-Guru Kaunseling, Guru Disiplin, Guru Tingkatan/Kelas dan Guru Agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang tuimbul di sekolah. Ini bermakna, seseorang guru tidak bertindak bersendirian tetapi secara kolektif yang mewujudkan budaya berpasukan.
Akhir sekali, mengenai Sekolah dan Persekitaran.
Menurut George Herbert Mead, tingkah laku seorang individu terbentuk oleh akal fikirannya sendiri dan peranan masyarakat sekeliling. Yang mana, secara tidak sedar, persekitaran di sekeliling pelajar yang membentuk diri mereka sendiri. Bawah Interaksi dan Pembelajaran, mengenai sosialisasi.
Menurut Prof. Madya Dr. Shahabudin Hashim, Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Personaliti, Universiti Sains Malaysia, antara punca kes ini berlaku adalah disebabkan oleh tekanan atau emosi kanak-kanak sebelum ini yang pernah dibuli kemudian mahu membalas perbuatan itu dengan melakukan perkara yang sama atau berlainan terhadap orang lain. Mereka juga ada antaranya yang dipengaruh oleh filem-filem ganas yang ditayangkan di dalam mahupun luar negara.
Sosialisasi adalah proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Ini merupakan satu proses berterusan yang bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya. Perkara yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep dalam diri mereka. Menunjukkan bahawa pentingnya peranan keluarga dan orang sekeliling untuk menunjukkan contah tauladan yang baik kepada kanak-kanak pada peringkat sosialisasi primer. Sosialisasi sekunder pula memperlihatkan bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa dan sebagainya. Dan resosialisasi, proses menukar atau mengalihkan konsep diri dan acar hidup sedia.
Guru dan rakan sebagai agen sosialisasi ini sepatutnya memberi contoh tauladan yang baik selain ibu bapa sebagai role model anak-anak. Penting juga bagi masyarakat sekeliling peka dengan kes ini dan bersama membantu menyelesaikan masalah ini dari berterusan dan berlanjutan.
Astro Awani : http://www.astroawani.com/video-malaysia/sekolah-yang-sembunyikan-kes-jenayah-juvana-harus-diambil-tindakan-1820153
Terdapat juga kes yang berlaku di sekolah, pelajar sudah memaklum perlakuan buli ini kepada guru, namun terdapat antara guru yang tidak mengambil peduli hal ini. Jika berlaku kecederaan teruk, baru guru tersebut mengambil tindakan. Sepatutnya kes boleh dicegah lebih awal menjadi semakin parah kerana tindakan tidak sepatutnya ini.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968
"tiap-tiap guru hendaklah menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975
"semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah"
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001
"... semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid..."
Menurut Surat KPM KP (BS/HEP)8543/053(9) 2.8.2001, mengenai Pengurusan Pelajar Secara Kolektif.
Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar. Oleh itu, pengurusan pelajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar. Bagi menjayakan program dan aktiviti di sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-saam bertindak dengan halatuju yang sama.
Iaitu pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang, Guru-Guru Kaunseling, Guru Disiplin, Guru Tingkatan/Kelas dan Guru Agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang tuimbul di sekolah. Ini bermakna, seseorang guru tidak bertindak bersendirian tetapi secara kolektif yang mewujudkan budaya berpasukan.
Akhir sekali, mengenai Sekolah dan Persekitaran.
Astro Awani : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengenalpastian-dan-campur-tangan-awal-kes-buli-adalah-perlu-suhakam-146556
Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail telah mengulas isu ini. Semua golongan dewasa bertanggungjawab bagi mencipta persekitaran positif dan mengakhiri keganasan dalam kehidupan kanak-kanak dan remaja. Beliau berkata, SUHAKAM menegaskan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk dihormati, selamat dan bebas dari keganasan, serangan dan buli selain untuk bebas daripada seksaan, layanan tidak berperikemanusiaan dan penghinaan.
"Apabila buli tidak diawasi, ibu-bapa, guru, pelajar, komuniti dan pemimpin agama, kerajaan serta pihak berkepentingan terpaksa mencari formula yang sesuai bagi menangani buli dengan cara melindungi semua kanak-kanak termasuk anggota masyarakat. "Oleh kerana buli adalah masalah sosial yang kompleks yang memerlukan pelbagai pendekatam, pihak berkuasa perlu menunjukkan bahawa masyarakat boleh dan mesti berfungsi dalam budaya tanpa keganasan".
Ini memperlihatkan kepentingan anggota masyarakat yang merupakan komuniti di Malaysia untuk bersama pihak sekolah dan pihak atasan untuk mengekang perkara ini.
Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secaa tiga dimensi interaksi dalam sekolah iaitu pihak pentadbir, guru dan murid. Tiga dimensi interaksi luar sekolah iaitu pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa dan komuniti dalam masyarakat. Terdapat faktor antara luar dan dalaman sekolah. Seperti, kelas sosial, etnik dan gender, mempengaruhi corak pembelajarn dan sahsiah murid di sekolah.
Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan guru dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah.
Hubungan antara pihak sekolah dengan pihak luar sekolah perlu mempunyai interaksi. Misalnya interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. Hubungan antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu mempunyai hubungan yang mantap dan akrab. Gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat.
"Masyarakat juga akan memiliki 'sense of belonging' dan 'collegiality' daalm mencapai sekolah yang mempunyai ciri 'effectiveness, continues improvement and sustainable change".
Matalamat utama perhubungan ini kerana memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasi masalah di sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1999.
"Melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan kerjasama antara sekolah, PIBG dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah".
Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan permuafakatan yang saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat yang hebat.
Semoga beroleh bermanfaat dari perkongsian tidak seberapa ini 🥰
Comments
Post a Comment